SUKAN DAN PERPADUAN DI MALAYSIA.
🎋 Definisi Sukan:
- Sukan adalah aktiviti yang luas ,yang mempunyai perlbagai jenis sukan yang boleh kita ceburi.
- Sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Bagi Merak Jalanan, ini bukan retorik tapi satu realiti yang berlaku.
- Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.
- Semuanya bersatu. Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu citra-Harimau Malaya perlu menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-sama.
- Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat dicapai.
- Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan.Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan pada sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.
♠ Kelebihan:
1. Menerusi aktiviti sukan, rakyat pelbagai kaum
dapat berinteraksi sekali gus mengikis perasaan prejudis sesama sendiri.
2. Sukan bukan semata-mata
medan untuk mencari jaguh dan mengilap bakat para atlet, tetapi juga penting
dalam memupuk semangat kesukanan dan perpaduan, sekali gus mengeratkan silaturahim dan perasaan muhibah.melalui kegiatan sukan atlet perlu menjalani pelbagai latihan yang melibatkan latihan fazikal serta latihan persiapan mental dan spiritual yang secara tidak langsung melatih mereka agar lebih berdaya saing dan memiliki semangat juang yang tinggi.
3. Sukan jelasnya, terbukti mampu memupuk semangat perpaduan dan cintakan tanahair kerana aktiviti itu sering dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum.
4. Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai etnik memang dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat dan sekali gus dapat mengeratkan lagi perpaduan masyarakat dalam menyahut konsep Satu Malaysia.
🎿 Kesan:
1. Sukan dapat menyatukan rakyat
kerana sukan adalah agen perpaduan.
- Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Contoh, tidak kira apa jua bentuk sukan yang menjadi pilihan sama ada bola sepak,badminton,olahraga,rata-rata penggemar sukan yang ditemui percaya semua jenis sukan mampu mnegeratkan silaturahim antara kaum.
2. Biarpun berlainan fahaman
politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang
bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.
- Semuanya bersatu. Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu citra - Harimau Malaya perlu menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-sama.
Contoh: apabila pasukan Harimau
Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita
memberi fokus agar kemenangan dapat dicapai.
3. Sehubungan
itu, beliau berharap aktiviti sukan dapat diteruskan dalam usaha mempertingkatkan persefahaman perpaduan dalam kalangan rakyat
Tambah beliau, melalui sukan, juga akan
menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Semangat perpaduan penting kerana ia menjadi kekuatan kepada negara seperti kata pepatah ‘Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh' lebih-lebih lagi dalam bulan kemerdekaan ini.
🎾 Cara memupuk:
mengadakan aktiviti sukan secara terbuka kepada semua kaum.
- membuat petandingan berdasarkan permainan setiap kaum.
- kerajaan hendaklah sentiasa mengadakan hari Sukan Negara setiap tahun (setiap Sabtu minggu kedua,10 Oktokber )agar dapat menggalakkan rakyat bersatu padu tanpa mengira kaum.
🏁 Penutup:
➤ Kesimpulannya,sukan dan
perpaduan tidak dapat dinafikan yang ia adalah tunjang kuat kepada Negara
disebabkan penyatuan kaum di Negara ini.Selain itu,negara kita dapat
mengelakkan daripada pergaduhan dan kita tidak mahu lagi peristiwa seperti 13
mei 1969 berulang kembali. Hal ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim
antara rakyat yang berbilang kaum di negara kita,misalnya rakyat boleh bersatu
padu dalam menjaga keharmonian negara.
😥👇 Persoalan:
- Apakah definisi sukan?
- Apakah kesan daripada sukan?Adakah ia dapat memupuk perpaduan?
- Bilakah Hari Sukan Negara disambut?
⚽ Sebarang persoalan atau info tambahan mengenai sukan dan perpaduan,sila nyatakan dalam ruangan komen.
⚾ Jika anda seorang yang teliti dalam membaca, dan rajin( 🐼 huhu kalau rajin lah 👀 )sila jawab persoalan diatas.
https://youtu.be/8_3CIP8St5I
#video hari sukan negara 2017
😼 Nurulhuda bt Yahya ( 14DHF20F1015)
😼 Arifa Nur Qamarina bt Azhari ( 14DHF20F1005)
😼 Aida Marina bt Yusri ( 14DHF20F1019)
😼 Nama Pensyarah :Tuan Mohd Faizal Bin Mat Pesa